Dokumen rasmi
Terma Penggunaan
Kemas kini terakhir: 31 Oktober 2026
1. Tentang perkhidmatan
PBD SaaS (PBD Pendidikan Khas) dibangunkan oleh Minda Teraju Solutions ("kami") untuk membantu guru dan sekolah merekod Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), mengurus profil murid serta menyediakan laporan. Dengan mendaftar atau menggunakan sistem ini, pemilik atau pentadbir ruang kerja bersetuju dengan terma ini.
2. Akaun dan tanggungjawab pentadbir sekolah
Pentadbir sekolah yang mendaftar bertanggungjawab memastikan maklumat yang dimasukkan (murid, guru, kelas) adalah tepat dan sah digunakan mengikut kebenaran sekolah/ibu bapa. Akaun guru diwujudkan oleh pentadbir sekolah melalui jemputan e-mel; kata laluan tidak dikongsi atau disimpan dalam format boleh dibaca oleh kami.
3. Pengasingan data antara sekolah
Setiap sekolah beroperasi dalam ruang data yang diasingkan (multi-tenant). Data murid, guru dan laporan sesebuah sekolah tidak boleh diakses oleh sekolah lain. Akses merentasi sekolah hanya dilakukan oleh pasukan sokongan teknikal (Super Admin) untuk tujuan sokongan/troubleshooting, dan setiap akses sebegini direkodkan dalam log audit.
4. Ruang kerja, akses asas dan pakej berbayar
Akses asas percuma meliputi pengisian, penyimpanan, kemas kini pentaksiran dan pratonton guru. Cetakan/PDF laporan serta akses ibu bapa memerlukan kelayakan pakej yang aktif. Ruang individu terikat kepada seorang pemilik dan satu kelas; ruang sekolah digunakan untuk pengurusan pasukan sekolah. Akses tertakluk kepada peranan pengguna dan kelas yang dibenarkan.
Pakej Langganan dan Tajaan Sokongan merangkumi akses pelaporan bagi tempoh yang dipilih serta membantu menampung operasi dan penyelenggaraan sistem. Kelayakan terpakai pada ruang kerja pembayar mengikut pakej yang dipaparkan. Jumlah dan tempoh dalam hari dipaparkan sebelum pembayaran. Bayaran ini ialah pembayaran perkhidmatan, bukan kutipan amal.
Pembayaran baharu dibuat melalui Billplz, tanpa debit automatik. Akses dikemas kini selepas pengesahan bayaran; pembayaran yang memerlukan semakan tidak mengaktifkan akses sehingga semakan selesai. Status dan tarikh tamat akses semasa dipaparkan pada halaman Langganan & Bil. Simpan invois dan resit sebagai rekod.
Apabila tempoh berbayar tamat, fungsi berbayar menjadi terhad dan akses asas kekal tertakluk kepada status akaun. Tamat tempoh tidak memadam rekod secara automatik. Permintaan pembetulan bayaran, bayaran berganda, pembatalan atau pemulangan wang dinilai oleh pengurusan berdasarkan rekod transaksi dan keadaan permintaan; hubungi saluran sokongan rasmi untuk semakan.
5. Had penggunaan munasabah
Kami boleh menetapkan had teknikal yang munasabah bagi menjaga kestabilan, keselamatan dan privasi data semua sekolah. Import data pukal (CSV) turut dihadkan kepada 5,000 baris setiap muat naik. Had ini bukan bayaran tersembunyi dan akan dimaklumkan dengan jelas.
6. Larangan penyalahgunaan
Dilarang menggunakan sistem untuk memasukkan data murid/individu tanpa kebenaran sah, mencuba mengakses data sekolah lain, atau menyalahgunakan Portal Ibu Bapa (MyKid + PIN) untuk tujuan selain menyemak laporan perkembangan murid yang sah.
7. Perubahan terma
Terma ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Perubahan ketara akan dimaklumkan melalui e-mel pentadbir sekolah atau notis dalam sistem.
8. Hubungi kami
Sebarang pertanyaan berkaitan terma ini boleh dihubungi melalui support@pbdsaas.sistemmts.com.
Dibangunkan oleh; Minda Teraju Solutions